Wednesday, June 15, 2016

Kelahiran ketiga di Hospital Putrajaya

28 Mac 2016..
Tarikh kelahiran our new baby Nur Kalila Alia.
Bestnya ada baby baru.. Setelah 6 tahun 'cuti'.

Rasa macam firstborn pula.. macam2 dah lupa. (poyo plak..)
Especially cara nak mandikan baby..

Nak share tentang hospital saya bersalin haritu..


Alia dilahirkan di Hospital Putrajaya.
Kali ni saya decide nak bersalin di Hospital Putrajaya pula.
Yang sulung di Hospital Serdang.
Yang kedua di Hospital Annur, Bangi.

Antara 3 hospital ini, Hospital Putrajaya bagi saya paling best.
Kenapa best? Mungkin juga rezeki saya..
1) Layanan nurse yang ramah.. Cukup lah dia tak marah2..
2) Katil yang selesa dan makanan yang OK
3) Jauh lebih murah dari hospital swasta

Sebenarnya nak highlight kosnya je tu.. hehe

Kalau ada rezeki lebih, memang nak bersalin di hospital swasta juga..
Tapi insurance suami cover hanya separuh dari jumlah kos bersalin.
Memandangkan saya kena cser, dah survey.. total cost approximately RM8000
Belum masuk additional cost kalau ada sebarang complication.
Errrr... banyak lagi nak guna duit tu kan..

Mula2 risau juga nak bersalin di hospital kerajaan.. disebabkan pengalaman lepas kami, yang buatkan saya sangat fobia nak jejak ke hospital kerajaan lagi.
Takpe, benda dah lepas.. saya pun tak nak cerita lagi.
So, kami pun survey Hospital Putrajaya.

Mulanya nak ambil FPP (Full Payment Scheme).. kononnya nak bilik seorang dan bersalin ala2 private la kan..
Sekali nak book, penuh... kecewa juga lah bila nurse kata next booking buka bulan 5 nanti.
Alamak.. takkan saya nak tahan 2 bulan.. hehehe impossible la kan..
So...
Redha saja lah dengan ward biasa. Hospital Putrajaya ni semuanya first class ya..
Takde 2nd or 3rd class. Biasa kan 3rd class kat hospital kerajaan free.
Bestnya Malaysia.. Manalah nak dapat kos rawatan perubatan yang murah gini kan..
So.. kalau nak FPP, book seawal yang boleh.. bila dah tahu pregnant aje silalah book FPP ni ya.

Lepas dah dapat tarikh c-ser, semua keperluan kami siapkan awal.
Sehari sebelum c-ser, rumah semua clean and clear.
Lumrah la tu.. isteri kalau nak keluar ke mana-mana, first sekali yang dia pastikan ialah rumah dalam keadaan yang teratur dan terurus. Kalau tak, nak bersalin pun fikir pasal rumah dan anak2.

Alia dilahirkan sehari selepas harijadi saya. Jadi, saya sambut birthday kat hospital la..



Sempat lagi suami cari bunga kat pasar kajang..
Katanya sangat murah di situ.. tak pernah pergi plak kat situ.

Sebelum bersalin, kami berdua layan cerita Korea Fullhouse buat kali yang ketiga.
Dalam cerita tu, ada satu episode si Rain tu hadiahkan bunga. Hahaha.. terasa teramat romantic lah plak scene tu.. siap nangis lagi tengok drama tu. Suami pun layan..
Suami ni.. kadang-kala tu geram betul nak tunggu dia romantic..
Bila datang romantiknya tu... munga-munga pula rasa hati..
Salah satu cara dia nak tenangkan isterinya juga tu..

Hari yang di nanti pun tiba...
Berdebarnya masuk bilik pembedahan tu.
Paling menakutkan bila nak bius.
Allah.. tak boleh gerak walaupun sakit.
TAHAN..!!
Sepanjang pembedahan saya takde apa nak buat..
Saya cuba mengisi masa lapang saya dengan mencuba sedaya upaya mengangkat kaki saya..
Usaha yang sia-sia tapi berbaloi sebab saya tahu epiduralnya berkesan..
hehe...

Bila dah dengar suara baby, dah tengok muka baby..
Time jahit tu juga baby disuruh menyusu..
Macam tak sempat-sempat pula kan..?
Actually menyusukan bayi within the first hour is the best..
Dengan bantuan nurse, baby berjaya disusukan masa tu juga.
Terima Kasih untuk semua yang terlibat dalam bilik pembedahan tu.

Hari pertama lepas c-ser rasa macam kuat semacam pula.
Siap boleh jalan ke toilet tanpa bantuan.
Boleh bangun sendiri..
Memula ingatkan diri ni kuat.. rupanya kesan epidural tu masih ada.
Hahaha..
Lain sungguh pengalaman kali ketiga dengan yang pertama dulu.
Masa yang pertama dulu, 3 hari terlantar tak boleh bangun. Menangis nak bangun.
Breast bengkak.. menangis2 pump. Siap kena maki lagi dengan nurse suruh bangun jugak.
Perut dah rasa macam nak terbarai dia suruh juga bangun..
Dalam hati Allah saja yang tahu.. sedih tak dapat jumpa baby lagi..
Tu lah.. Memang bukan rezeki saya.. Semuanya totally chaos and painful.
Eh... kata tadi tak nak cerita..
Perempuan..Perempuan.. (sigh)

Hari kedua pula, saya pandai2 mandi..
Tu lah.. ingat kuat sangat lah tu..
Actually, badan saya terasa gatal-gatal.
Ingatkan kenapalah badanku gatal-gatal.. kain kotor ke? Tilam tak bersih ke?
Rupanya kesan bius tadi..
Sebab tak tahu.. saya pun mandilah..
Lepas mandi tu.. berlakulah drama lain pula..
Kepala berpusing nak pitam.
Kan... pandai-pandai lagi jalan sana sini siap mandi lagi..
Doktor tahu terkejut dia..
Maaf doctor.. saya tak tahu dan tak diberitahu.

Tekanan darah rendah.. terpaksalah masukkan darah pula..
Haishh.. macam-macam makcik Linda ni..
Ingatkan semua berjalan lancar.. ada juga drama lain rupanya.
Sakitnya nak masuk darah tu.. Dah la pekat..
Takpe tahan.. nak sihat kan..

Esoknya dah boleh discharge. Baby kuning sedikit je masa tu.

Alhamdulillah.. semuanya baik.
Doktor baik..
Nurse baik..
Makanan pun sedap..
Katil pun selesa..
Kemudahan pun selesa..

Total cost bersalin haritu dalam RM1000 lebih sikit kata suami.
Okeylah kan.. insurance pun cover.
Alhamdulillah..





Inilah cahayamata ketiga kami. Nur Kalila Alia nama diberi.
Bam bam kebaboom dak Alia ni. Lahir 3.64kg
Sebulan naik sekilo.. Alhamdulillah.. janji Alia sihat dan gembira.


4 comments: